Arc de Triomphe
Arc de Triomphe

Arc de Triomphe

Arc de Triomphe, secara rasminya Arc de Triomphe de l'Étoile, adalah sebuah tugu di Paris yang terletak di pusat Place Charles de Gaulle, juga digelar "Place de l'Étoile".[1] Ia berada di hujung barat Champs-Élysées. Gerbang kemenangan ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon. Di bahagian dalam dan atas gerbang terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak Dikenali dari Perang Dunia I.Gerbang ini adalah pasak hujung gandar roda paksi bersejarah (Axe historique) — suatu turutan tugu dan jalan raya mewah pada laluan yang memanjang dari halaman dalam Istana Louvre ke pinggiran Paris. Tugu ini telah direkabentuk oleh Jean Chalgrin pada 1806, dan acara iconografinya memperlagakan wira para pemuda Perancis yang bogel menentang pahlawan-pahlawan Jermanik yang berjanggut dalam baju rantai. Ia menjadi panduan untuk tugu am lain, dengan pesanan-pesanan bersemangat kebangsaan, hingga Perang Dunia Pertama.Tugu ini berdiri setinggi 49.5 m (162 ka), lebar 45 m (148 ka) dan tebal 22 m (72 ka). Kekubah besarnya setinggi 29.19 m (95.8 ka) dan lebar 14.62 m (48.0 ka). Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68 m (61.3 ka) dan lebar 8.44 m (27.7 ka). Ia merupakan gerbang kemenangan kedua terbesar wujud.[2] Reka bentuknya diilhamkan daripada Gerbang Titus Rom. Arc de Triomphe ini sangat besar sehingga tiga minggu selepas perarakan kemenangan Paris pada 1919, menandakan tamatnya permusuhan dalam Perang Dunia I, Charles Godefroy menerbangkan kapal terbang bersayap kembar Nieuport melaluinya, dengan peristiwa itu ditangkap dalam filem berita.[3]

Rujukan

WikiPedia: Arc de Triomphe http://arcdetriompheparis.com/history http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.parisrama.com/thematiques/thematique_ar... http://pictopia.com/perl/get_image?size=457x275_mb... http://www.worldwariimuseum.com/Images2005/03Arc01... http://perso.wanadoo.fr/arnauld.divry/arc_de_triom... http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.paris.org/Musees/Invalides/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=A... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Arc_de...